MOH DENGHO DAN IKUT BACA AL QURAN

Friday, February 19, 2010

DAH LAMA TAK LAYAN BLOG

Aku bukannya x nak menulis lagi dah kat sini... tapi masa sangat2 tak mengizinkan aku untuk menulis...maaf semua...

Sunday, October 25, 2009

KENALI PENGASAS MAAHAD AL YAHYAWIAH



Allahyarham Ustaz Abdul Samad Noh

Di atas adalah gambar Allahyarham Ustaz Abdul Samad Noh... Pengasas Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas, Perak. Isterinya Allahyarhamah Wan Chu... Bapa kepada Ustaz Ahmad Helmi...Mudir masa aku blajar kat sana dulu....Merenung kembali sejarah kebangkitan ulama di Negeri Perak, kita pasti berhadapan dengan rentetan perjuangan yang tidak kunjung padam oleh beberapa orang ulama silam dalam mendaulat dan mengembangkan syiar Islam di tanah airnya sendiri terutama sewaktu sebelum kemerdekaan negara. Mereka sanggup berkorban semata-mata untuk menunaikan tuntutan Allah s.w.t kerana sesungguhnya, sebaik-baik umat disisi-Nya ialah orang yang sanggup berjihad ke jalan Allah.Kebangkitan ulama warasatul anbia’ di Perak melalui tiga peringkat iaitu:-

  1. Zaman Pertama (1528-1918) – zaman pengajian pondok
  2. Zaman Kedua (1919-1950) – zaman pengajian madrasah
  3. Zaman Ketiga (1951-1957) – zaman pengajian sekolah agama rakyat

Justeru itu, kemunculan Haji Abdul Samad Noh sebagai ulama yang terkenal dan disegani di Negeri Perak bermula penghujung Zaman Pengajian Madrasah. Kemunculan beliau seangkatan dengan ulama-ulama lain seperti Tuan Haji Sheikh Idris al-Marbawi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Junid Tola, Ustaz Abu Bakar Bakir, Tuan Sheikh Mohd. Salleh Haji Mohd. Taib, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Zubir Haji Ahmad, Prof. Zulkifli Muhammad, Dr Burhanudin al-Helmi dan Tuan Haji Muhammad Arshad Haji Muhammad Salleh.

Mereka inilah suatu masa dahulu telah berjaya melakarkan era kebangkitan ulama di Perak dengan memenuhi setiap kegiatan dakwah dan penyampaian ilmu Islam sebagai ad-din di serata pelusuk negeri terutama memfokuskan kegiatan di madrasah, surau, masjid serta istana selain sekolah-sekolah agama rakyat.

SEMANGAT CINTAKAN ISLAM

Kebangkitan mereka bukan sahaja kerana dorongan semangat cintakan Islam semata-mata tetapi ada unsur galakan yang tinggi daripada Sultan Iskandar Shah - Sultan Perak ke-30 yang dikenali oleh rakyat jelata dengan nama mesra baginda Raja Alang Iskandar.

Bertolak dari keadaan semasa, Haji Abdul Samad Noh menjuruskan kegiatannya dengan mengajar serta bersyarah di majlis-majlis ilmu terutama apabila menerima undangan. Dia mencurahkan segala ilmu yang dipelajari di Kota Suci Makkah kepada setiap mukmin dan mukminat yang bersedia mendengarnya.

Haji Abdul Samad Noh dikenali sebagai ustaz. Dia dilahirkan pada tahun 1917. Anak kelahiran Padang Rengas, Perak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan di Madrasah Yahyawiyah, Kampung Lalang, Padang Rengas dan di Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Setelah berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1935, Ustaz Abdul Samad berpeluang melanjutkan pelajaran di Madrasatul Saulatiyah, Makkah, Arab Saudi. Semasa menuntut di situ, dia mula terbabit dalam gerakan kebangsaan bersama-sama pelajar Indonesia yang giat berjuang menuntut kemerdekaan negara mereka.

Justeru, semangat kebangsaan yang kian menebal itu telah menyeret Ustaz Abdul Samad Noh dalam penubuhan Persatuan Tenaga Makatul Musyarrafah. Pertubuhan berbau politik ini berjaya mengabungkan pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Indonesia di Makkah. Matlamat penubuhannya hanyalah untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah Inggeris.

JURUBICARA PERJUANGAN ANAK MELAYU NUSANTARA

Kemudiannya persatuan ini menjadi bertambah kukuh apabila ia bergading bahu dengan Parti Indonesia Merdeka dan Persatuan Anak-anak Patani dengan bertindak sebagai jurubicara perjuangan anak Melayu Nusantara yang menuntut di Makkah bagi menentang penjajahan.

Dalam pergerakan dan perjuangan pelajar-pelajar Melayu di Makkah, Abdul Samad Noh dinobatkan sebagai tokoh dari Tanah Melayu yang paling tersohor. Dia berjaya menempatkan dirinya di kalangan pelajar “Jawi” (panggilan Arab terhadap orang Melayu) di Makkah yang amat bengkeng dan baran terhadap penjajah yang sedang bermaharajalela di tanah air sendiri.

Hal ini jelas diperlihatkan apabila Abdul Samad Noh menerusi Persatuan Tenaga Melayu bertindak “ menyuntik semangat” Dato Onn Ja’afar dengan mengutus telegram menyatakan sokongan padu terhadap orang Melayu yang bangkit menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, dia bergiat cergas dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) melalui pelawaan Dato’ Panglima Gantang Wahab manakala beberapa rakan seperjuangan semasa di Makkah memilih Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai wasilah untuk meneruskan perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan.

Tetapi malangnya, apabila dia menyertai UMNO dengan sendiri dia tersisih daripada rakan-rakan seperjuangannya yang berada di PKMM. Justeru, dia lantas membawa diri dan bermastautin di Kampung Sungai Bayor dan mengajar di Madrasah Iskandariah, Sungai Bayor, Selama, Perak.

Namun begitu, pada tahun 1949 dia pulang ke Padang Rengas. Dia membulatkan tekad untuk meneruskan pembinaan Madrasah Yahyawiyah di Kampung Pondok, Padang Rengas yang terbengkalai akibat Perang Dunia Kedua. Madrasah terbengkalai itu terletak di suatu kawasan bawah Gunung Pondok. Kelihatan hanya tiang-tiang rusuk dan halang-halang yang terpasang dipanjat dan dibeliti tumbuhan menjalar serta sekitarnya penuh semak samun.

Berbekalkan semangat serta sokongan padu penduduk kampungnya, Ustaz Abdul Samad Noh berjaya membaik-pulih dan membangunkan madrasah itu. Madrasah Yahyawiah sebetulnya dinamakan mengambil sempena nama Orang Besar Perak, Dato’ Yahya yang telah menderma wang untuk pembinaaan rangka bangunan serta mewakafkan tanahnya untuk tapak sekolah berkenaan.

Ustaz Abdul Samad Noh berjaya meletakkan Madrasah Yahyawiyah sebagai sebuah sekolah agama yang terbilang semasa zaman keemasannya. Di bawah kepimpinan beliau, sekolah ini berjaya menggamit pelajar dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam selain negeri-negeri di Semenanjung belajar dan pernah menerima sehingga 500 pelajar perempuan dan lelaki setiap tahun.

DEWAN ULAMA UMNO

Pada sekitar tahun 1951, ketika UMNO menubuhkan Dewan Ulama, Ustaz Abdul Samad Noh dilantik sebagai wakil kawasan Padang Rengas. Namun setelah dewan tersebut dibubarkan dan membuka jalan ke arah penubuhan Parti Islam SeTanah Melayu (PAS), Ustaz Abdul Samad Noh meyertai parti itu.

Sepanjang bersama PAS, dia pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Perak dan Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Pada tahun 1954, Ustaz Abdul Samad Noh bersama-sama Allahyarham Dato’ Haji Hassan Adil berjaya menubuhkan Persatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat (PEGMA) dan beliau dilantik sebagai presiden pertama pertubuhan tersebut. Apabila PAS berada dalam Barisan Nadional (BN), Ustaz Abdul Samad Noh dilantik sebagai Penasihat Perkembangan Pelajaran Agama Sekolah-sekolah Malaysia selama dua tahun.

Kerjayanya dalam bidang pendidikan Islam tidak hanya menjadi Mudir Madrasah Yahyawiyah Padang Rengas tetapi juga pernah menyumbangkan jasa-baktinya sebagai Ahli Jawatankuasa Zakat Fitrah Negeri Perak (1953-1982) dan sebagai Ahli Jawatankuasa Syariah serta Ahli Majlis Agama Islam Perak. Beliau juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Ulama Perak di samping menjadi Guru Agama Dakwah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta anggota Adat istiadat Melayu Perak .

Dalam perkembangan syiar Islam serta pembanguan ummah, Ustaz Abdul Samad Noh dikenali sebagai seorang pensyarah yang terkemuka. Dia kerap menerima undangan berceramah sempena majlis-majlis kebesaran Islam terutama di kawasan Utara Perak.

PENGARANG MAPAN

Di samping tersohor sebagai ulama dan tokoh politik, Ustaz Abdul Samad Noh memiliki kepakaran mengarang dan layak digelar sebagai pengarang mapan. Dia berjaya menggunakan kelebihan dan keistimewaan anugerah Allah s.w.t kepadanya dengan menghasilkan beberapa buah karya dalam bentuk buku. Bagaimanapun, tidak diketahui dari manakah dia belajar seni kepengarangan itu.

Namun begitu, menurut seorang bekas muridnya bernama Noor Iskandar, Ustaz Abdul Samad Noh pernah berkata bahawa untuk menjadi seorang pendakwah yang berkesan, alim ulama perlu menguasai pelbagai kepakaran termasuklah menulis selain mengajar dan bersyarah.

Lantaran itu, di Madrasah Yahyawiyah, Ustaz Abdul Samad Noh pernah menganjurkan kursus penulisan dan kewartawanan bagi menyalurkan ilmu persuratan kepada murid-muridnya supaya dapat dimanfaatkan sebagai wasilah penyampaian dakwah yang berkesan menerusi penulisan .

Pandangan ini sebenarnya telah diamalkan oleh Ustaz Abdul Samad Noh sendiri. Buktinya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang khususnya bersangkutan Islam. Antaranya ialah Isu Kafir Mengkafir, Fadhilat Ayat Kursi, Gurindam Syair Rasulullah, Bekal Tua Dan Sejarah Khalid Ibn Walid, Sahabat Rasulullah.( karya-karya ini adalah khazanah Negeri Perak yang cukup tinggi nilainya. Semoga ada pihak yang berminat untuk mengumpul dan memelihara karya tersebut supaya tidak pupus ditelan zaman ).

ULAMA PELOPOR BOLA SEPAK

Selain berdakwah dan menulis, Ustaz Abdul Samad Noh memiliki kegemaran yang paling dibenci oleh sebilangan besar alim ulama yang setaraf beliau iaitu permainan bola sepak. Dia amat meminati sukan itu. Setiap ada kelapangan sesudah menunaikan solat Asar dia pasti pergi sama ada Kuala Kangsar atau Pekan Padang Rengas semata-mata untuk menonton bola sepak di padang bandaran.

Barangkali dia ingin mengembalikan nostalgia di peranatauan. Sewaktu dia belajar di Makkah dahulu, dia pernah memperkenalkan sukan bola sepak kepada pemuda-pemuda Arab. Dia membentuk sebuah pasukan bergelar Al-Asadul Jawi (Singa Jawi) yang dianggotai pelajar-pelajar Tanah Melayu dan Indonesia. Dan Al Asadul Jawi kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemuda Arab sekaligus menerbitkan tali persahabatan di antara berlainan bangsa tetapi seagama itu.

Berikutan itu, tidak menghairankan dialah ulama pelopor bola sepak di kalangan sekolah agama rakyat di negara ini kerana memperkenalkan sukan tersebut dimainkan di Madrasah Yahyawiyah, Padang Rengas terutama sewaktu zaman pra-merdeka.

Sesungguhnya pada tanggal 1 Oktober 1984, Ustaz Abdul Samad Noh berpulang ke alam baqa kerana menunaikan panggilan Ilahi dengan meninggalkan selaut jasa dan budi yang boleh dipelajari dan diteladani oleh generasi kini. Al-Fatihah untuk Allahyarham – Zabidin Hj Ismail.

Rujukan :

Noor Iskandar. Haji Abdul Samad Noh – Ulama Peminat Bola Sepak (Mingguan Tempo 2 Mei 1993)

Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1994 (DBP) hlm.55

Sejarah Perak dalam Kebangkitan Ulamak [Kertas Kerja] 1993: Jabatan Agama Islam Perak

Zabidin Haji Ismail Kebangkitan Ulama di Perak dlm. AL ISLAM April. 1993 hlm.56-57

maklumat diperolehi dari laman:

zabidin13.wordpress.com/.../


Monday, July 27, 2009

KENALI IDOLAKU

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu, kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebihmencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW·
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.§
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§
Zainab Binti Jahsy.§
Maimunah Binti Harith.§
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra

'ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAWIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah
2. Hamzah
3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:-

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..-
Aku melihat cahaya dari lidahnya.-
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.-
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan..-
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.-
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.-
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.-
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.-
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.-
Wajahnya seperti bulan purnama.-
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.-
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.-
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.-
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.-
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.-
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.-
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.-
Janggutnya penuh dan tebal menawan.-
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.-
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.-
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.-
Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.-
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.-
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.-
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.-
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.-
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.-
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.-
Warna putihnya lebih banyak.-
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.-
Warna kulitnya putih tapi sihat.-
Kulitnya putih lagi bercahaya.-
Binaan badannya sempurna, tulang-
temulangnya besar dan kukuh.-
Badannya tidak gemuk.-
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.-
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

PETIKAN DARIPADA LAMAN BLOG (http://humairahsolehah.blogspot.com)

Friday, July 24, 2009

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

1. Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2. Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

3. Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

4. Imam Ghazali " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

5. Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

6. Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Wednesday, July 22, 2009

TERKENANGKAN ZAMAN SEKOLAH..

Ari nie aku sangat2 la terkenangkan zaman dolu2...zaman sekolah pondok dulu (Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas Perak).. macam2 perangai ada... Aku kat sana lama gak... maklumlah belajar pondok tak sama dengan sekolah biasa... aku mula belajar kat sana hujung tahun 1992.... ala dulu kan ke sekolah mula bukak awal bulan 12... aku lapor diri kat sana pada 4/12/1992... itulah tarikh keramat aku mula belajar kat pondok... sampai la tahun 2000.. lapan tahun aku kat sana... mula2 aku masuk aku dapat kawan yang pertama bernama Syukran.... dia dari Bota Kanan.... bila dah sembang rupanya dia sedara aku... bermula tarikh tu jugak la aku bergelar budak arab... (panggilan penduduk kampung kat situ)...
Masa aku masuk, time tu Ustaz Helmi bin Abdul Samad yang jadi mudir... dia nie anak kepada Allahyarham Ustaz Abdul Samad Noh.. Pengasas Maahad Al Yahyawiah..... ... pastu tukar mudir lain.... Allahyarham Ustaz Yunus... Pastu Ustaz Yazid Dan La nie kalau tak silap aku Ustaz Radhi bin Fathi.... Masih Ingat lagi ustaz2 kat sana... Ustaz Salleh(Guru disiplin masa tu)... aku ni nakal pulak tu.. banyak kali jugak la aku kena rotan ngan dia.... sampai la ni rasa nyilu ooooo..... tak ingat peghitnya kena rotan.... Ustaz Razak... (Orang Aceh)... Ustaz Zaini... (Dia nie pandai carikan jodoh untuk orang yang nak kawin)... ustaz Kamal....(Fuh tulisan dia jangan cakap la).... aku belajaq khat dengan dia la....Ustaz Badrul... Sir Samsuri...Sir Anuar... Ustaz Hussin.... Ustazah Rafidah... Ustazah Rafqah... Ustaz Hussin(La ni dia berniaga kedai makan...ngan isteri tercinta dia... Kak Hajar... kakak kepada Akbar)... kalau x silap aku tahun lepas atau awal tahun nie isteri dia kena ragut..... dia kejar... dapat dah yang meragut tu... tapi terlepas jugak sebab depa tetak dia dengan parang... kena la lepak kat Hospital Sg. Buluh... Aku ader lawat dia... pastu sapa lagi yea...emmm... aku selalu teringatkan dia... meleleh air mata aku bila terkenangkan pengorbanan seorang ustaz dan alim ulamak yang bernama Allahyarham Ustaz Zahid... dari dia la aku dan kengkawan belajar ilmu tasawwuf... selepas tamat belajar kat yahyawiah, aku n kengkawan belajar ngan dia, tidur kat musalla dia... semoga roh2 mereka yang telah pergi ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh...(Al Fathihah)............ramai lagi ustaz2 yang mengajar aku n kengkawan....
Apa khabar kawan2 aku agaknya... Wak(Yusri Ahmad), Azhat Jawa, Azhar Selangor, Taufik, Amin Zabidi, Shahril, Fadhil, Syed, Awie, Jidin, Geng2 Sarawak(Shahmi, Leman, Shah, Razi, Yunus, Kak Faridah, Kak Siti Suriari, Juliana, Sue,) Jasri (budak Sabah), Naqaie, Faiz, Abg Mail, Saiful Sulah, Tarmizi, Dali n ramai lagi la....

Nanti aku sambung aaaa..... banyak lagi nak ceghita ni....

Tuesday, July 7, 2009

PETIKAN DARIPADA LAMAN BLOG AZLI ABDULLAH

PETIKAN DARIPADA LAMAN BLOG AZLI ABDULLAH
(http://rimbun.weblog.ihsan.com/viewarchive.php?_blogMonth=2006-11&_blogYear=2006&_blogMonthText=November+2006&_blogId=azli@ihsan.com


November 2006 Sunday @ 4:18:15 am
DOSA, REZEKI DAN TAUBAT

Dosa itu tidak ubah seumpama najis. Apabila najis itu lekat pada tubuh, lumrahnya orang yang waras akan terbau busuk, berasa loya dan jijik.
Sekiranya dibersihkan, bau menjijikkan itu akan hilang, membolehkan seseorang itu berasa lega, bersih dan sejahtera. Namun sekiranya najis itu dibiarkan, ia terus menerus menebal, rasa jijik itu akan lali, alah bisa tegal biasa, kerana kotoran itu telah sebati menjadi budaya.
Orang yang seperti ini menjadikan dosa-dosa itu sebahagian daripada budaya hidupnya. Jiwa dan pemikirannya lebih berkecenderungan melakukan kejahatan. Kalau tidak melakukan kejahatan, di rumah ia tidak mencapai kepuasan hidup.
Merasakan suasana sekeliling yang natural, yang tidak ada padanya bau busuk itu sebagai sesuatu yang asing.
Dosa itu menyebabkan timbulnya sesuatu titik hitam di hati. Andainya seseorang itu bertaubat dan menjauhkan dosa, memohon keampunan, maka bersihlah semula hatinya. Sebaliknya, kalau dia menambah lagi dosanya, maka titik hitam itu akan bertambah, sehinggalah seluruh hatinya menjadi hitam. Itulah yang menutup hati. Pada hakikatnya, titik hitam yang menutup hati itu ialah dosa-dosa tadi.
Pada mereka yang terus melakukan maksiat dan kemungkaran, Allah akan patrikan pada hati, pendengaran dan penglihatan. Mereka boleh memikir tentang keburukan dan kebaikan kerana mereka tetap mempunyai akal yang waras. Mereka boleh berfikir tentang balasan dan nikmat Allah, mata mereka jelas melihat bala yang Allah turunkan terhadap mereka yang terus-menerus melakukan maksiat.
Mereka mempunyai akal, tahu bahawa perbuatan maksiat yang dilakukan boleh membinasakan diri dan orang lain ketika hidup di dunia dan di akhirat kelak, Allah akan menyeksa mereka. Namun mereka tidak mempedulikannya.
Mereka ini termasuk dalam golongan orang yang sesat, tidak ubah seperti binatang, malah lebih sesat.
Tabiat semula jadi manusia lebih berkecenderungan melakukan kejahatan kecuali mereka yang mendapat hidayah dan beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Kalaulah tidak kerana tiga perkara, manusia itu tidak akan menundukkan kepalanya, patuh taat perintah Allah iaitu kefakiran, sakit yang menimpa dan maut yang meragut nyawa.
Kefakiran, kemiskinan atau kepicikan hidup sering menginsafkan manusia, menjadikan mereka taatkan perintah Allah. Begitulah lumrah hidup, tidak kurang yang hidup merempat, namun tetap melakukan kemungkaran, menyakiti orang lain tanpa kesudahan.
Sakit juga melahirkan keinsafan, sama ada pada diri atau orang yang hampir dengannya, begitu juga dengan kematian. Semuanya boleh menimbulkan rasa insaf pada diri, ketika itu barulah seseorang ingatkan Allah.
Saudara di antara golongan manusia yang diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar melalui iktibar yang berlaku. Dalam surah Ali Imran: 135 dijelaskan bahawa Allah menyuruh agar mereka yang terjerumus melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri memohon keampunan kepada-Nya juga segala dosa mereka.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya dan mengampunkan daripada kejahatan. Baginda ada bersabda menyatakan bahawa taubat kerana dosa-dosa itu adalah seperti sabun yang membersihkan pakaian.

Rezeki

Baginda juga ada bersabda, bahawa mereka yang memperbanyakkan istigfar, akan diangkat daripada kegundahan yang berlaku, juga daripada setiap kesempitan dan Allah akan memberi rezeki tanpa dihisab.
Perlu difahami bahawa setiap pendapatan yang diperoleh daripada sumber haram, maka haramlah memakannya. Apabila hasil itu diberi makan kepada orang lain, orang yang berkenaan adalah terlibat dengan penggunaan wang atau makanan yang haram tadi, sama ada disedari dengan jelas atau tidak.
Allah tidak memberkati kehidupan mereka yang melencong termasuk yang menyeludup seperti saudara lakukan biarpun ganjaran yang diperoleh banyak.
Saudara mendapat ganjaran yang banyak hasil penyeludupan ganja dan pil estascy. Hakikatnya saudara tidak dapat menikmati ganjaran hasil pertaruhan nyawa di sempadan. Allah tidak memberkati mereka yang bermain judi, nombor ekor, judi kuda dan sebagainya.
Saudara perlu bertaubat kembali ke jalan Allah. Tidak melakukan kerja-kerja penyeludupan, tunduk dan taat melakukan suruhan Allah. Kembalikanlah hak mereka yang saudara aniaya. Minta halalkan harta daripada mereka yang saudara ambil dengan zalim, pulangkan hutang yang belum dibayar, sama ada hutang lapuk atau yang baru. Minta maaf kepada mereka yang kita zalimi, termasuk yang difitnah dan disakiti juga makan minum daripada bahan haram, pada diri juga keluarga saudara. Saudara perlu ada azam dan tekad berbuat demikian.
Untuk kembali ke jalan Allah saudara perlu berilmu. Kerana itu pengetahuan agama wajib dipelajari. Tukar cara berfikir dan budaya hidup. Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang melibatkan diri dengan penyeludupan. Kalau saudara menjadi bos, panggil anak buah, terangkan jalan yang benar dengan bijaksana.
Kalau selama ini saudara arah dan perintahkan mereka melakukan penyeludupan yang bertentangan dengan ajaran agama dan undang-undang negara, kali ini saudara arahkan mereka untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk agama dan negara yang disayangi.

Dosa

Termasuk dalam golongan orang-orang yang menipu ialah mereka yang mengaku takutkan neraka tetapi terus melakukan dosa. Merindui syurga tetapi tidak taat dan tunduk melakukan perintah Allah. Begitu juga yang mendakwa kasihkan Nabi, tetapi tidak mengikut sunah Rasulullah. Mereka penipu dan tidak bertaubat.
Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Sesungguhnya Allah itu kasihkan mereka yang bertaubat juga mereka yang bersih.
Mereka yang terus melakukan kejahatan dan kemaksiatan, apabila hampir maut, berkata aku bertaubat, maka itu bukan sebenarnya taubat. Taubat mesti dilakukan secepat mungkin sebelum ghargarah (maut).
Semua orang terlibat dengan dosa. Allah memberi akal untuk berfikir dan memberi jalan syarat dijadikan panduan. Biar besar dosa atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang anak, setiap ibu dan bapa terlalu rindu dan mengharap agar anaknya kembali ke pangkal jalan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah Lagi Penyayang, lebih pemurah dan lebih penyayang daripada apa yang dimiliki oleh manusia, iaitu ibu dan bapa, malah Allah memiliki satu sifat yang tidak dimiliki oleh manusia, iaitu sifat pengampun.
Allah sentiasa mengharapkan hamba-Nya yang melakukan dosa pada waktu pagi agar bertaubat, kembali kepada-Nya pada waktu petang atau malam, begitu seterusnya ketika seorang hamba itu melakukan dosa pada waktu malam, termasuk mereka yang menyeludup ganja dan sebagainya.
Kalau seseorang itu bertaubat bukan kerana Allah, tetapi kerana sakit, kematian yang berlaku, kefakiran yang melanda, kemungkinan ia akan menjadi jahat semula apabila sakit sembuh, kemiskinan bertukar menjadi kaya dan ingatan tentang mati yang menyedarkan itu terhakis daripada ingatannya.
Kalau saudara renung dalam-dalam, saudara tidak ubah seperti orang yang tidak ada kerja atau menganggur, sama-sama tidak ada duit. Bezanya penganggur boleh tidur lena tetapi saudara berhempas pulas berfikir dan bertindak bagaimana hendak menyeludup ganja atau pil. Kemudian berfikir untuk membahagi-bahagikan bahan tadi, juga menyimpannya supaya selamat.
Macam-macam boleh berlaku kalau saudara salah langkah, besar kemungkinan akan melibatkan kecederaan atau nyawa tergadai. Sampai bila saudara akan terlibat dengan kegiatan ini, pada hal umur saudara dalam lingkungan 50-an. Ketahanan fizikal manusia lumrahnya akan menurun pada tahap umur seperti ini. Bertaubatlah segera sebelum terlambat.

posted by azli@ihsan.com

Monday, July 6, 2009

kenangan di maahad

Posted by Picasa

Kenangan di Maahad

hai... seperti yang dijanjikan.. di bawah ini adalah diantara gambar2 yang sempat aku scan semasa menuntut di Maahad Al Yahyawiah Padang Rengas Perak.







Friday, July 3, 2009

CORETAN KALI INI

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
malam tadi aku tengah usahakan scan gambar-gambar lama aku semasa belajar kat maahad dulu...tapi belum abis lagi, kalau dah siap nanti aku postingkan kat dalam blog ni... banyak jugak la...