MOH DENGHO DAN IKUT BACA AL QURAN

Wednesday, July 22, 2009

TERKENANGKAN ZAMAN SEKOLAH..

Ari nie aku sangat2 la terkenangkan zaman dolu2...zaman sekolah pondok dulu (Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas Perak).. macam2 perangai ada... Aku kat sana lama gak... maklumlah belajar pondok tak sama dengan sekolah biasa... aku mula belajar kat sana hujung tahun 1992.... ala dulu kan ke sekolah mula bukak awal bulan 12... aku lapor diri kat sana pada 4/12/1992... itulah tarikh keramat aku mula belajar kat pondok... sampai la tahun 2000.. lapan tahun aku kat sana... mula2 aku masuk aku dapat kawan yang pertama bernama Syukran.... dia dari Bota Kanan.... bila dah sembang rupanya dia sedara aku... bermula tarikh tu jugak la aku bergelar budak arab... (panggilan penduduk kampung kat situ)...
Masa aku masuk, time tu Ustaz Helmi bin Abdul Samad yang jadi mudir... dia nie anak kepada Allahyarham Ustaz Abdul Samad Noh.. Pengasas Maahad Al Yahyawiah..... ... pastu tukar mudir lain.... Allahyarham Ustaz Yunus... Pastu Ustaz Yazid Dan La nie kalau tak silap aku Ustaz Radhi bin Fathi.... Masih Ingat lagi ustaz2 kat sana... Ustaz Salleh(Guru disiplin masa tu)... aku ni nakal pulak tu.. banyak kali jugak la aku kena rotan ngan dia.... sampai la ni rasa nyilu ooooo..... tak ingat peghitnya kena rotan.... Ustaz Razak... (Orang Aceh)... Ustaz Zaini... (Dia nie pandai carikan jodoh untuk orang yang nak kawin)... ustaz Kamal....(Fuh tulisan dia jangan cakap la).... aku belajaq khat dengan dia la....Ustaz Badrul... Sir Samsuri...Sir Anuar... Ustaz Hussin.... Ustazah Rafidah... Ustazah Rafqah... Ustaz Hussin(La ni dia berniaga kedai makan...ngan isteri tercinta dia... Kak Hajar... kakak kepada Akbar)... kalau x silap aku tahun lepas atau awal tahun nie isteri dia kena ragut..... dia kejar... dapat dah yang meragut tu... tapi terlepas jugak sebab depa tetak dia dengan parang... kena la lepak kat Hospital Sg. Buluh... Aku ader lawat dia... pastu sapa lagi yea...emmm... aku selalu teringatkan dia... meleleh air mata aku bila terkenangkan pengorbanan seorang ustaz dan alim ulamak yang bernama Allahyarham Ustaz Zahid... dari dia la aku dan kengkawan belajar ilmu tasawwuf... selepas tamat belajar kat yahyawiah, aku n kengkawan belajar ngan dia, tidur kat musalla dia... semoga roh2 mereka yang telah pergi ditempatkan bersama-sama dengan orang yang soleh...(Al Fathihah)............ramai lagi ustaz2 yang mengajar aku n kengkawan....
Apa khabar kawan2 aku agaknya... Wak(Yusri Ahmad), Azhat Jawa, Azhar Selangor, Taufik, Amin Zabidi, Shahril, Fadhil, Syed, Awie, Jidin, Geng2 Sarawak(Shahmi, Leman, Shah, Razi, Yunus, Kak Faridah, Kak Siti Suriari, Juliana, Sue,) Jasri (budak Sabah), Naqaie, Faiz, Abg Mail, Saiful Sulah, Tarmizi, Dali n ramai lagi la....

Nanti aku sambung aaaa..... banyak lagi nak ceghita ni....

2 comments:

  1. nama2 yang diletakkan kat dalam tu semuanya aku ingat lagi.

    sebahagian besar darinya, pernah buli aku masa kat yahyawiyah..mentang2 la diorang senior..Hampeh btul.

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum, Saya telah mengikuti segala yang telah dipaparkan di Laman Blog dan Face Book Alhamdulillah. arisaziz2009@gmail.com, FB aris aziz. Wassalam

    ReplyDelete